Selasa, 29 Mei 2012

video kumpulan

golf



Tugasan Berkumpulan inovasi teknologi dalam pendidikan(Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)


1.0PENDAHULUAN

Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005)

Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986).Pendekatan dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina.Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak.







2.0 LATAR BELAKANG

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Selain itu, dari segi objektifnya pula bertujuan membantu pelajar menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama iaitu Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Dalam Pendidikan jasmani mempunyai matlamat yang bertujuan membantu pelajar meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani pula ialah  penglibatan pelajar secara aktif dan selamat, Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan serta segala rekod kegiatan pelajar akan direkodkan sebagai pembuktian pembelajaran telah dijalankan. Selain itu, aspek kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani.Kecergasan ini membolehkan pelajar memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang pelajar  tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Seterusnya, kecergasan fizikal pula terbahagi kepada dua iaitu koordinasi dan perlakuan motor.Antara komponen yang terdapat dalam koordinasi adalah Imbangan, Ketangkasan, Kuasa, tindak balas, dan Kepantasan. Komponen yang terdapat dalam perlakuan motor pula adalah berasaskan kesihatan, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan dan komposisi badan. Selain itu, kita juga perlu mementingkan aspek kemahiran.Aspek ini dapat membantu meningkatkan seseorang itu dalam sukan yang diceburi. Semua pelajar dan masyarakat digalakkan mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menjamin kesihatan diri yang maksimum




3.0 PENYATAAN MASALAH

Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran penting yang memberi penekanan kepada pembentukan
Pertumbuhan dan perkembangan fizikal pelajar.Namun, sehingga kini kemampuan mata pelajaran ini dalam menjana pertumbuhan dan perkembangan fizikal menjadi tanda Tanya.Justeru itu, corak P&P Pendidikan Jasmani yang sering dianggap mundur dilihat sebagai punca yang menjadi penyumbang kepada masalah ini.

Justeru itu, pendekatan yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani  dalam menyampaikan pengajaran mereka seharusnya lebih mampu untuk mendekatkan teknik-teknik sukan ini dengan jiwa pelajar. Untuk mewujudkan keadaan ini, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan ICT sebagai cara terbaik untuk menarik perhatian dan minat pelajar mempelajari ilmu.

Namun, permasalahan yang dapat dilihat pada hari ini ialah penggunaan ICT dalam kalangan guru pendidikan jasmani tidak diaplikasikan.Kaedah teori dan praktikal menyebabkan pengajaran Pendidikan Jasmani kelihatan lesu dan hambar.Berdasarkan kepada keadaan ini, pengkaji berpendapat bahawa kajian ini perlu dilakukan ke atas guru Pendidikan Jasmani. Ini memandangkan guru-guru pelatih daripada program Sarjana Muda Pendidikan Sukan & Rekreasi, UKM telah dilatih dengan penggunaan kemudahan ICT di samping bahan-bahan multimedia yang lain. Oleh itu,gabungan ilmu teknologi maklumat dan teknik-teknik serta kemahiran sukan ini telah melahirkan guru-guru pelatih yang mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang tekno-da`i.



4.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian tinjauan melalui pemerhatian dan soal selidik.Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini merupakan senarai semak kegiatan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh mahasiswa/siswi di UKM.Borang maklumat ini terdapat profil responden untuk membezakan kegiatan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh mahasiswa dari segi jantina, kategori umur, bangsa, agama, lokasi, tahap pendidikan dan program pengajian.Selain itu, kajian tinjauan melalui pemerhatian dilakukan di sekitar Pusat Sukan UKM.















5.0ANALISIS DATA
BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN


Kami memilih  seramai 20 orang responden untuk melengkapkan kajian kami tentang Inovasi Teknologi dalam  Pendidikan yang menumpukan kepada bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Responden kami terdiri daripada Mahasiswa dan Mahasiswi  Universiti Kebangsaan Malaysia. Berdasarkan soal selidik yang telah diberikan kami mahu menilai tahap kefahaman seluruh pelajar  terhadap perkembangan teknologi di Malaysia.
Walaupun fokus kami adalah dalam bidang sukan, namun kami lebih menitikberatkan teknologi yang diaplikasikan dalam Pendidikan. Pelbagai Pendapat mereka dilihat dari sudut yang berbeza kerana pelbagai pelajar dari kursus  yang berlaianan. Ternyata berbeza pendapat yang ketara antara kesemua responden kami ini yang memberikan pernyataan yang berlaianan bagi setiap item – item dalam persoalanan kajian kami.Responden kami terdiri daripada 10 lelaki dan 10 perempuan.






Carta Bar di atas menunjukkan perbeza umur di antara 20 orang responden yang telah membantu kami untuk menyiapkan tugasan Teknologi Dalam pendidikan. Pelajar yang berumur antara 21 hingga 23 tahun mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 14 orang manakala 18 tahun hingga 20 tahun dan 24 tahun hingga 26 tahun mencatatkan jumlah yang sama iatu 5 orang.











Carta Bar di atas menunjukkan bangsa responden.Terdapat 3 bangsa yang yang terlibat dalam kajian ini. Bangsa Melayu mendominasi bangsa lain dengan 15 orang, diikuti oleh bangsa Cina sebanyak 3 orang serta diakhiri dengan bangsa India dengan seorang sahaja.







                

Carta Bar di atas menunjukkan Agama responden.Terdapat 3 Agama yang yang terlibat dalam kajian ini. Agama Islam mendominasi Agama lain dengan 15 orang, diikuti oleh Agama Buddha sebanyak 3 orang serta diakhiri dengan Agama Hindu dengan seorang sahaja.







      
Carta Bar di atas menunjukkan lokasi penempatan bagi semua responden yang telibat dalam kajian yang kami lakukan. Lokasi Bandar mendominasi lokasi penempatan bagi  responden ini dengan jumlah bilagan 13 orang manakala 7 orang lagi dari Luar Bandar.









BAHAGIAN B


Anda menghabiskan sekurang – kurangnya 3 hari seminggu untuk bersenam



     
Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi ini, seramai orang responden dengan peratusan 35% setuju dengan penyataan di atas. Manakala peratusan bagi  tidak pasti dan tidak setuju ialah 25%. Dari hasil kajian yang dibuat ini, dapat dirumuskan masih terdapat orang yang tidak  mahu  meluangkan masa untuk menjaga  kesihatan mereka.  Malah, terdapat juga 5% yang sangat tidak setuju dengan penyataan ini.



Anda sanggup menghabiskan 30 minit hingga satu jam sehari untuk tujuan bersenam





Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, Sebanyak 11 orang responden dengan jumlah peratusan 55% menjawab setuju bagi penyataan ini. Banyak orang yang sanggup meluang kan sekurang – kurangan 30 minit sehari untuk tujuan bersenam. Walau bagaimana pun, 15% tidak setuju dengan penyataan di atas.Ini bermakna, masih terdapat orang yang tidak terlalu mementingkan kesihatan mereka.






Anda lebih herap bersenam seorang diri




Carta Pai di atas menunjukkan hasil kajian yang telah kami lakukan.Dari kajian yang telah dibuat, 9 orang responden menyatakan setuju dengan penyataan di ats dengan peratusannya ialah 45%.Melalui kajian ini, kita dapat mengetahui kegemaran seseorang itu bersenam.7 orang responden dengan peratusan 35% tidak setuju dengan penyataan ini.Keadaan ini tidak menjadi masalah, asalkan amalan Gaya Hidup Sihat terus menjadi pilihan semua lapisan masyarakat.




Anda sering bersenam secara berkumpulan






Berdasarkan kajian yang dibuat, 10 orang responden bersetuju dengan penyataan di atas dengan peratusannya 50%.Dari kajian ini, kita dapat mengetahui bahawa, banyak orang bersenam di dalam berkumpulan untuk mengelakkan cepat berasa bosan dan meningkatkan saingan antara mereka. Walaubagaimanapun, 15% tidak  pasti dengan penyataan di atas.






Anda menguna alat bantuan  atau apa – apa alat teknologi seperti Wakman, Jam Bernadi dan lain– lain







Hasil kajian yang dibuat mendapati 7 orang responden dengan peratusan 35%  menyatakan tidak setuju dengan penyataan di atas. Dari pandangan kami, mungkin mereka tidak mahu mengunakan alat teknologi ini kerana menyukarkan untuk melakukan sesuatu pergerakkan serta membebankan bagi golongan yang kurang kemampuan. Walaubagaimanapun, 30% responden setuju dengan penyataan di atas. Selain itu, 5% menyatakan sangat setuju dan sangat tidak setuju.




Adakah anda mendaftar di gym dan melakukan aktiviti di dalam gym





Carta Pai di atas menunjukkan hasil kajian berdasarkan penyataan di atas.7 orang responden dengan bilangan peratusannya 45% tidak setuju dengan penyataan di atas.Hal ini demikian kerana, kemungkinan ramai pelajar di ukm tidak sanggup untuk memhabiskan duit mereka untuk membayar yuran untuk menjadi ahli di gym.Oleh itu, mereka ini telah menolak 1 teknologi yang dapat membantu meningkatkan kesihatan mahupun dayatahan seseorang individu tersebut.Walaubagaimanapun 20% setuju dengan penyataan ini.2 orang responden dengan peratusan 10% tidak pasti dengan penyataan di atas.Kemungkinan mereka tidak tahu kebaikan membuat aktiviti di gym.



Anda berpakaian sesuai ketika bersenam





Carta Pai di atas menunjukkan  13 orang responden dengan perastusan tertinggi iaitu 65% tidak setuju dengan penyataan di atas. Kami yang menjalankan kajian ini agak terkejut dengan hasil yang kami perolehi dari 20 orang responden ini kena mereka tidak setuju dengan pakaian yang sesuai ketika bersenam.Hal ini mungkin boleh merbahayakan keadaan fizikal responden sekiranya mereka melakukan aktiviti yang berisiko tinggi untuk mendapat kecerderaan.Walaubagaimanapun, 10% menyatakan sangat setuju dengan penyataan ini. 4 orang responden dengan nilai peratus 20% tidak pasti sama ada mereka mengenakan pakaian yang sesuai ketika melakukan aktiviti bersenam.



Anda berasa gembira setelah bersenam





Carta pai di atas menunjukkan hasil kajian yang telah kami lakukan terhadap 20 orang responden yang kami perolehi.7 orang responden dengan peratusannya 35% tidak setuju dengan penyataan di atas.Mereka yang menyatakan tidak setuju ini kemungkinan kerana mereka tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat. Responden yang sangat setuju dan setuju dengan penyataan di atas mempunyai nilai peratusan yang sama iaitu 20%. Setelah bersenam dapat memberi kekuatan dalam diri seseorang individu dan berasa lebih kuat dari sebelumnya.Walaubagaimanapun, 25% tidak pasti apakah keadaan diri mereka setelah melakukan aktiviti bersenam.



Anda berpuas hati dengan teknologi yang terdapat ketika ini





Berdasarkan carta pai di ats, 8 orang responden dengan jumlah 40% tidak pasti dan tidak setuju dengan penyataan di atas.Kajian ini mendapati banyak responden tidak pasti denganteknologi yang terdapat di Malaysia dan tidak berpuas hati dengan teknologi yang ada di Negara ini.10% responden setuju dan berpuas hati dengan teknologi yang terdapat di Malaysia.Walaubagaimanapun, 10% responden sangat tidak setuju dengan penyataan ini.Dapat dirumuskan di sini, teknologi sukan di Malaysai perlu ditingkatkan lagi untuk pembangunan sukan di Negara ini.



Anda rasakan adakah teknologi sukan di Malaysia jauh ketinggalan berbanding Negara Barat dan Negara Maju yang lain





Berdasarkan carta pai di atas, hasil kajian menunjukkan 8 orang responden dengan nilai peratusan 40% tidak pasti sama ada teknologi di Malaysia jauh ketinggalan di belakang Negara maju yang lain. 25% dengan 5 orang responden bersetuju dengan penyataan soalan di atas.15% sangat setuju dengan penyataan di atas.Negara kita perlu meningkatkan lagi aspek teknologi dalam sukan dan meningkatkan lagi mutu sukan di Malaysia.Walaubagaimanapun, 5% menyatakan sangat tidak setuju dan berasakan bahawa teknologi di Malaysia tidak jauh ketinggalan.



Adakah Malaysia mengamalkan Sains Sukan dalam meningkatkan pretasi atlet





Berdasarkan carta di atas, hasil kajian yang di buat menunjukkan 9 orang responden dengan nilai peratusannya 45% tidak pasti dengan penyataan di atas. Rensonden tidak tahu sama ada sains sukan digunakan di Malaysia untuk meningkatkan pretasi atlet. 6 orang responden dengan peratus 30% setuju dengan penyataan di atas.Kemungkinan responden ini mengetahui dari hasil pembacaannya mahupun melayari internet tentang pengunaan sains sukan untuk meningkatkan mutu sukan Negara ini.Walaubagaimanapun, 10% menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan di atas.



Adakah mutu sukan di Malaysia boleh dibanggakan





Berdasarkan carta di atas, hasil kajian menunjukkan 9 orang responden dengan nilai peratusannya 45% setuju dengan penyataan di atas. Kemudahan di malaysai boleh di banggakan berbanding dengan kemudahan di Negara asia timur yang terlalu jauh ketinggalan. Oleh itu, kita harus berbangga dan memjaga kemudahan yang ada di Negara ini.20% sangat setuju dengan penyataan ini.Walaubagaimanapun, 25% tidak setuju dan 5% sangat tidak setuju dengan penyataan di atas.Kita perlu menjaga kemudahan yang ada serta terus mengikut arus dan perubahan dunia serta teknologi yang baru dicipta.



Adakah pembaharuan teknologi sain sukan dapat meningkatkan mutu sukan atau prestasi seseorang individu.





Berdasarkan carta di atas, hasil kajian menunjukkan 9 orang responden dengan 45% nilai peratusannya setuju dengan penyataan di atas dan 8 orang responden dengan peratusannya 40% sangat setuju. Walaubagaimanapun, 10% tidak pasti, manakala 5% tidak setuju dengan penyataan di atas.Sememangnya diketahui umum, teknologi dalam sains sukan dapat meningkatkan prestasi individu mahupun sukan kerana telah dikaji keberkesanannya dan menjadi ikutan atlet-atlet yang berjaya di dunia ini.



Adakah Malaysia mengamalkan research and development dan mengaplikasikannya dalam meningkatkan mutu sukan di Malaysia





Berdasarkan carta pai di ats, hasil kajian menunjukkan 40% dengan 8 orang responden menyatakan tidak pasti dengan penyataan di atas.Sememang yang banyak orang tidak mengetahui tentang penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu sukan di Negara ini. Walaubagaimanapun, 5 orang responden dengan peratusannya 25% menyatakan sangat setuju dan setuju mengenai penyataan di atas, manakala 10% menyatakan tidak setuju dengan penyataan ini.



Anda setuju sekiranya teknologi dalam sukan digunakan di semua kejohanan sukan untuk mengelakkan kontroversi terus berlaku dalam sukan.





Carta pai di ats menunjukkan kajian yang dibuat.Hasil kajian menunjukkan 40% dengan 8 orang bilangan responden sangat setuju dengan penyataan di atas dan 20% menyatakan setuju.Hal ini demikian kerana, teknologi dalam sukan perlu untuk membantu dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat dan bijak.5 orang responden dengan peratusannya 25% menyatakan tidak pasti.Walaubagaimanapun, 10% menyatakan tidak setuju dengan penyataan di atas.




Adakah sistem latihan di Malaysia mempunyai sistem latihan yang sama dengan Negara Asia yang lain.





Berdasarkan carta pai di atas, kajian menunjukkan 7 orang responden dengan peratusannya 35% menyatakan setuju dengan penyataan di atas.Contohnya, dalam sukan badminton, Malaysia sememang saingan Jepun dan Korea selatan.Semestinya sistem latihan yang dijalankan tidak mempunyai perbezaan yang ketara.6 orang responden dengan peratusnya 30% menyatakan setuju dengan penyataan di atas.Walaubagaimanapun, 5% menyatakan sangat tidak setuju dengan penyataan ini.



Adakah teknologi memudahkan dan memberi pembaharuan dalam sukan





Berdasarkan carta pai di atas, hasil kajian menunjukkan 10 orang daripada 20 orang responden menyatakan sangat setuju dengan penyataan ini.Selain itu, 7 orang dengan nilai peratusannya 35% menyatakan setuju dengan peryataan ini.Sememangnya teknologi memudahkan dan memberi pembaharuan dalam bidang sukan. Semua sukan di luar Negara kelihatan lancar kerana teknologi  digunakan dalam sukan. Manakala 15% menyatakan tidak pasti sama ada teknologi memudahkan sukan dan memberi pembaharuan dalam sukan.




Adakah teknologi penting dalam sistem perubatan





Berdasarkan carta pai di atas, hasil kajian menunjukkan 10 orang responden menyatakan sangat setuju dan 10 orang responden lagi menyatakan setuju.Sememangnya teknologi dan perubatan tidak dapat dipisahkan kerana setiap penyelidikan yang dibuat memerlukan teknologi untuk mencari formula yang terbaik untuk sesuatu hasil penyelidikan tersebut.






Adakah sistem perubatan di Malaysia mengikut peredaran teknologi semasa





Berdasarkan carta pai di atas, hasil kajian menunjukkan 7 orang responden dengan nilai peratusan 35% sangat setuju dengan penyataan ini.Begitu juga dengan setuju, 7 orang responden dengan peratusannya 35%.Malaysia banyak mendapatkan bantuan alatan teknologi dari Negara luar untuk meningkatkan mutu perubatan di Negara ini.15% menyatakan tidak setuju.Manakala 10% tidak setuju dan 5% sangat tidak setuju.





Kadar pemulihan kecerderaan atlet di Malaysia mengambil masa yang lama berbanding Negara Barat.





Berdasarkan carta pai di atas, hasil kajian menunjukkan  13 orang responden dengan jumlah peratusannya 65% menyatakan sangat setuju dengan penyataan di atas. Selain itu, 15% menyatakan setuju untuk penyataan ini. Semua orang tahu, kadar pemulihan kecerderaan di Negara ini mengambil masa yang lama berbanding Negara Barat. Contohnya, sekiranya patah kaki ketika bermain bolasepak, di Barat hanya mengambil masa sebulan berbanding di Malaysia mungkin 3 atau 4 bulan untuk kembali bermain. Seterusnya, 10%  tidak pasti mengenai panyataan di atas. Walaubagaimanapun,5% menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk penyataan di atas.


6.0DAPATAN KAJIAN

Bahagian  ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan analisis data yang telah ditetapkan. Secara umumnya huraian dalam bahagian ini akan menjawab soalan kajian yang telah ditetapkan seperti berikut:
1)         Majoriti responden mengamalkan gaya hidup sihat
2)         Mereka memperuntukan masa untuk tujuan bersenam
3)         Majoriti suka bersenam secara individu dan berkumpulan
4)         Kebanyakan tidak pasti samada gemar bersenam bersama alat teknologi seperti walk-man dan jam bernadi
5)         Majoriti  responden  mendaftar di gym dan tidak gemar bersenam di gym
6)         Tidak memakai pakaian sukan ketika bersenam kerana merasakan tidak penting
7)         Majoriti berasa gembira selepas bersenam
8)         Respoden tidak berpuas hati dengan teknolgi di Malaysia pada masa kini.
9)         Kebanyakan tidak pasti samada teknologi di Malaysia jauh ketingglan berbanding Negara barat dan Negara maju yang lain.
10)       Mereka juga pasti samada Malaysia mengamalkan sains sukan dlam meningkatkan prestasi atlet
11)       Kebanyakan responden bersetuju Malaysia mengamalkan R&D dalam meningkatkan mutu sukan negara.
12)       Setuju teknologi digunakan dalam semua kejohanan untuk mengelakan kontrovesi berlaku dalam sukan.
13)       Majoriti bersetuju system latihan di Malaysia sama dengan Negara Asia yang lain
14)       Separuh dari responden setuju teknologi  memudahkan dan memberi pembaharuan dalam sukan dan penting dalam system perubatan sukan.
15)       Kebanyakan setuju system perubatan di Malaysia mengikut peredaran teknologi semasa
16)       Majority daripada responden setuju  kadar pemulihan atlit di Malaysia mengambil jangkamasa yang panjang berbanding Negara Barat.
Soalselidik telah dijalankan kepda 20 responden yang merangkumi pelajar-pelajar  di ukm.para responden terdiri daripada umur 18-26 tahun. Mereka terdiri daripada kaum melayu cina dan india. Melalui soal selidik yang dijalankan menunjukan mereka mempunyai pengetahui sukan yang baik serta minat terhadap sukan.


7.0 PERBINCANGAN DAN SARANAN
Dalam usaha untuk mengintegrasikan ICT dalam P&P, semua pihak hendaklah bekerjasama bagi memastikan hasrat ini tercapai.Antara pihak tersebut ialah peranan pihak Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan dana yang khusus untuk penyediaan prasarana berkaitan ICT kepada guru-guru. Selain itu, mengadakan kursus-kursus teknologi maklumat untuk guru, memberi insentif dan ganjaran kepada guru yang kreatif dan dinamik dan mewujudkan satu kumpulan yang pakar dalam bidang ICT agar mereka dapat menyediakan lebih banyak perisian yang sesuai untuk P&P.
Pihak pentadbiran sekolah juga hendaklah memberi peranan dalam usaha untuk mengintegrasikan dalam ICT.Antara peranan pihak pentadbiran ialah peranan oleh Guru Besar. Guru Besar hendaklah membentuk budaya ICT di sekolah dalam pelbagai kegiatan kokurikulum, Membuat dokumen serta polisi bertulis dan penyediaan prasarana ICT di sekolah (Mohammed Sani dan Mohd  Jasmy 2002) dan memberi peluang kepada guru agar dapat mengikuti pelatihan-pelatihan perisian komputer samada yang dibuat oleh kerajaan ataupun NGO. Selain itu, penyelarasan ICT hendaklah membuat pelatihan-pelatihan ICT bagi guru-guru selama cuti sekolah dan menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak sekolah agar alat dan prasarana ICT disekolah dapat mendukung kerjaya guru ataupun kemudahan pelajar dalam kegiatan sekolah.Perananpihak NGO dan swasta perlu mengadakan teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah dengan memberi sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P.
   Peranan Guru juga hendaklah mengambil inisiatif yang sewajarnya. Guru hendaklah sedia untuk menerima perubahan anjakan paradigma untuk menggunakan ICT dalam  P&P. Berubah dari sikap yang pasif kepada aktif dalam menyahut cabaran perubahan akan membawa impak tersendiri bagi kerjaya seseorang guru. Bekerjasama antara guru dalam mencapai matlamat yang ditentukan.Seorang guru bukan hanya seorang pengajar tetapi juga mesti selalu belajar dan mengajar.

8.0KESIMPULAN

Penggunaan teknologi komputer ( ICT ) dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan berasaskan komputer ini.Kesimpulan yang boleh dibuat hasil kajian ini ialah penglibatan secara aktif dalam bidang sukan tidak mempengaruhi pencapaian akademik bahkan dari segi kecemerlangan, mereka lebih baik berbanding denganpelajar yang tidak aktif bersukan.Selain factor bersukan, terdapat faktor-faktor lain yang membantu merekaberjaya dalam pelajaran seperti pengaruh keluarga, pengaruh persekitaran, galakan dan motivasi yangberterusan dari semua pihak. Ungkapan-ungkapan seperti badan sihat otak cergas, bersukan menyihatkanbadan dan seumpamnya jelas boleh diterima dan mempunyai perkaitan yang langsung dari segi kecerdasanminda dan kesihatan badan..






RUJUKAN

Abang Ismail bin Abang Haji Juhli dan Mohd Taib bin Harun, 2007. Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling.Fakulti Pendidikan Universiti Pendidikan Malaysia.

Johari bin Hassan & Siti Norazlina binti Kamisan, 2007. Halangan Terhadap Penggunaan Komputer dan Ict di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Kalangan Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar di Daerah Kulai Jaya, Johor.Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Drs. Promadi,M.A.,Ph.D, 2009. Integrasi ICT Dalam Pendidikan Islam. Dosen Fakultas Tarbiyah dan Keguruan UIN Sultan Syarif Kasim Ria

Rubiah Sidin &Nor Sakinah Mohamad, 2007. ICT dalam Pendidikan : Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32.

Rosnaini Mahmud, 2011. Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.     

Lai Kim Leong, 2002. Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Jabatan Matematik, Maktab Perguruan Batu Lintang, Sarawak



logo ukm new
FAKULTI PENDIDIKAN SUKAN DAN REKREASI
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kami pelajar tahun 2 yang mengikuti kursus Teknologi Dalam Pendidikan ingin memohon kerjasama saudara / saudari untuk menjadi responden kami bagi tujuan menjalankan kajian kursus ini.Tajuk kajian kumpulan kami ialah Intergrasi Teknologi dalam pendidikan jasmani dan kesihatan.

BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN
 (Sila tandakan ( ̷̷) padaruang yang disediakan)
1. Jantina :  (     )  Lelaki                      (     )  Perempuan

2. Kategori Umur :       (     )  18 - 20 Tahun
(     )  21 - 23 Tahun
(     )  24 -26 Tahun
(     ) Lain-lain

3. Bangsa:                    (     ) Melayu
(     ) Cina
(     ) India
(     ) Lain-lain

4. Agama :                   (     ) Islam
                                    (     ) Buddha
                                    (     ) Hindu
                                    (     ) Lain-lain

4. Lokasi anda :           (     ) Bandar
(     ) Luar Bandar



5.Tahap Pendidikan  (dahulu) :                        (     ) Stpm
                        (     ) Diploma
                        (     ) Matrik
                        (     ) Lain-Lain




















Bahagian B
Butiran yang berikut menghuraikan tentang aspek Jasmani dan Kesihatan.Respon kepada setiap perkara mengikut kesihatan dan cara hidup anda.
Soal selidik tentang pendidikan jasmani dan kesihatan.
bil
perkara
Sangat
setuju
setuju
Tidak pasti
Tidak setuju
Sangat tidak setuju
1
Anda menghabiskan masa sekurang-kurangnya 3 hari seminggu untuk bersenam.





2
Anda sanggup meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk bersenam sehari.






3
Anda lebih kerap bersenam seorang diri.






4
Anda sering bersenam secara berkumpulan.






5
Anda menggunakan apa-apa alat teknologi seperti walkman, jam bernadi dan lain-lain.






6
Anda mendaftar di gym dan melakukan aktiviti di gym.






7
Anda berpakaian sukan ketika bersenam.






8
Anda berasa gembira setelah bersenam.






9
Anda rasakan teknologi sukan di Malaysia jauh ketinggalan berbanding Negara barat dan Negara maju.






10
Anda berpuas hati dengan teknologi yang terdapat di Malaysia .





11
Anda rasakan Malaysia mengamalkan sains sukan dalam meningkatkan prestasi atlet.






12
Mutu sukan di Malaysia boleh dibanggakan.






13
Pembaharuan teknologi melibatkan sains sukan dapat meningkatkan mutu sukan atau prestasi atlet.






14
Malaysia mengamalkan R&D dan mengaplikasikannya dalam meningkatkan mutu sukan di Malaysia.






15
Anda setuju sekirannya teknologi dalam sukan digunakan dalam semua kejohanan sukan di Malaysia untuk mengelakkan kontreversi berlaku dalal sukan.






16
Atlet di Malaysia mempunyai system latihan yang sama dengan Negara asia. Cth jepun korea dan china.







17
Teknologi memudahkan dan memberi pembaharuan dalam sukan.






18
Teknologi penting dalam system perubatan sukan.













19
System perubatan di Malaysia mengikut peredaran teknologi semasa.






20
Kadar pemulihan kecerderaan atlet di Malaysia mengambil jangka masa yang lama berbanding Negara Barat.